Tuesday 29 May 2012

Opss..Linda Rafar Trauma Selepas Terperangkap Dalam Lif

Opss...Artis cantik ini terperangkap 10 minit kat lif?? Hmm..Teperangkap 10 minit kat lif ni bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Bagi saya ini lah sesuatu yang menakutkan, saya juga takut! kasihan Linda Rafar. Terperangkap kat lif dengan anaknya yang baru berumur 4 tahun.

Itulah yang berlaku pada Linda Rafar selepas dia menghantar 2 orang anaknya, Rezzaril, 12, dan Rezzaiman, 10, bermain boling di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Artis ini turut terperangkap bersama beberapa orang lain dan juga pekerja plaza itu.

Dipetik dari mStar Online, Linda Rafar mengatakan : “Selepas menghantar anak saya bermain boling di aras atas, saya turun ke aras bawah bagi membeli barang-barang dapur. Pada kejadian itu, bukan saya dan Rezzaqiib sahaja berada dalam lif, terdapat beberapa orang termasuklah seorang pekerja plaza itu. Agak mencemaskan, kerana masing-masing sukar untuk bernafas.” 

Kejadian ini yang berlaku kira-kira jam 12 tengah hari itu menjadi lebih cemas apabila lampu terpadam dan anak Linda Rafar yang baru berumur 4 tahun mengalami kesukaran untuk bernafas.

Linda Rafar berkata : “Sebenarnya, yang membuatkan saya lebih cemas apabila salah seorang daripada kami yang terperangkap memberitahu lif itu sering bermasalah sehingga ada kejadian ia dapat dibuka dalam masa satu hari. Gemuruh darah saya dibuatnya. Syukurlah, lif berkenaan dapat dibaiki oleh petugas penyenggaraan yang dimaklumkan mengenai kejadian itu.”

Linda Rafar mengakui bahawa kejadian ini menyebabkan dirinya trauma untuk menggunakan lif lagi dan memilih untuk menggunakan eskalator sahaja pada masa akan datang.

Info ini dipetik dari mStar Online.