Wednesday 30 May 2012

Girls’ Generation (SNSD) Teaser Single Terbaru, “Paparazzi”

Ini lah Single terbaru SNSD yang telah saya nanti-nantikan, saya memang meminati SNSD, bukan saja dari segi muka, dari segi tarian, nyanyian dan rentak muzik yang best. Sebelum ini Populariti single "The Boys" mendapat sambutan yang sangat mengalakkan daripada peminat, kini Girls Generation atau SNSD akan melancarkan single terbaru mereka lagi iaitu 'Paparazzi'. Sepatutnya, single ini dijadualkan untuk dilancarkan pada awal bulan di negara yg sangat maju dari segi dunia hiburan iaitu Jepun, bagaimanapun syarikat SM Entertainment telah memuatnaik sedikit teaser berkatian dengan video muzik single berkenaan ini. 

Hehe Walaupun sekadar teaser, tapi video 1 minit ini best juga tau, ia memberikan kita sedikit bayangan rentak konsep lagu 'Paparazzi' ini. Nama lagu ini sesuai juga untuk populariti ahli Girl Generation yang sering menjadi perhatian lensa kamera daripada paparazzi. memang tak sabar ni nak tunggu video muzik terbaru ini !

Preview teaser