Tuesday 22 May 2012

CAMERA DIGITAL Canon IXUS 115 HS

Baru-baru ini terbaca satu kamera kat majalah photography lalu ternampak camera canon ini, oleh kerana ia sangat mengancam dan advanced, so saya decided untuk kongsi sikit info mengenai camera ini. Canon Ixus 115 HS ini mempunyai fungsi teknologi tinggi seperti paparan foto 12.1 megapixel yang dilengkapi dengan CMOS. Apa yang best mengenai kamera ini ialah ia turut dibantu dengan Advanced Smart Auto di mana dengan menghalakan lensa ke suatu objek, fungsi ini secara automatik akan menyelaras jumlah cahaya (exposure) dan fokus (focal) dalam apa jua keadaan. Hasilnya ia boleh mendapatkan foto-foto yang cantik tanpa perlu risau setting-setting kamera yang membingungkan.

Yang best partnya pula ialah Canon IXUS 115 HS juga mempunyai fungsi Creative Filter dimana foto-foto yang dihasilkan mempunyai efek-efek khas berdasarkan kemahuan kita.

Saya rasakan kamera ini memang sangat memudahkan kerana hanya seberat 140g, Canon IXUS 115 HS boleh menjalankan tugas merekodkan momen bahagia kita dalam bentuk format HD seperti kamera-kamera video yang profesional lagi mahal. Paling best, kamera ini mempunyai Dynamic IS yang sentiasa membantu kita merakan video dengan stabil walaupun semasa berjalan-jalan. Bestnya~

Bagaimana pula jika kita ni hanya suka menangkap foto lalu tersimpan dalam kad memori yang agak lama. Apatah lagi jika nasib tak baik ? mungkin kad memori rosak ataupun seseorang terbuang foto-foto itu.

Hoho.. Inilah dia Selphy CP800 adalah jawapan untuk kita semua. Pencetak foto ini mampu membuatkan pasangan, atau orang yang anda sayangi rasa lebih dihargai kerana ia mampu menghasilkan foto momen dengan kualiti yang tinggi.

Hmm.. ia mudah saja digunakan, kita hanya perlu memasukkan kad memori dan Selphy CP800 secara automatik akan menjalankan tugasnya bedasarkan kehendak kita. Pencetak ini turut dilengkapi dengan fungsi Portrait Image Optimiser, fungsinya ini ialah membetulkan setting foto sebelum dicetak. Hasilnya foto kita akan jadi lebih menarik dan berkualiti! 

Kita boleh mencetak foto-foto dalam pelbagai format yang dikehendaki tanpa menggunakan sebarang software. Sama ada bentuk kolaj, atau dihiasi dengan frame, terpulanglah. Best tak ? bagi saya inilah teknologi yang sangat mudah lagi berkualiti!