Wednesday 23 May 2012

Aikss..Datuk Sharifah Aini Dimasukkan Ke Hospital Kerana Paru-Paru Dijangkiti Kuman,

O.o mengejutkan baru jak baca2 artikel-artikel kat ohbulan ternampak pulak story mengenai Datuk Sharifah Aini. Hmm..Datuk Sharifah Aini dipercayai telah dimasukkan ke sebuah hospital kerana mengalami jangkitan kuman pada paru-parunya.
Ia dipercayai berlaku 2 hari lalu di laman facebook rasminya, sebuah status telah dikeluarkan oleh rakan baiknya iaitu Khalilah Dato' Mohd Talha. Dalam kenyataan itu Khalilah menyatakan bahawa doktor peribadinya telah mengesahkan paru-paru Datuk Sharifah telah dijankitii kuman.

Kenyataan itu juga turut memohon pada para peminatnya agar dapat mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau. Beliau juga sempat mengirimkan salam kasihnya kepada semua orang yang sentiasa menyokong dirinya. Dapat dilihat juga melalui komen peminat-peminat, mereka semua mendoakan kesihatan penyanyi kesayangan mereka ini. saya juga mendoakan agar beliau akan cepat sembuh dari jangkitan kuman itu. 


Persoalanya apakah kuman itu???