Sunday, 3 June 2012

Here She is! Pixie Pixie Lott

Well..i was totally fans of Pixie Lott , memang sukakan lagunya terutamanya Lagu "All About Tonight" Baru-baru ini penyanyi muda ini telah datang ke Malaysia KL untuk membuat konsert Tour! tak miss juga kat Sabah 1 Borneo Hypermall! Adeh! memang rugi time tu sibuk tak dapat datang tengok penyanyi yang comel ini beraksi. sedikit pengenalan mengenai artis ini nama originalnya ialah "Victoria Loiuse"  yang lahir pada 12 January 1991, Dia juga merupakan seorang penyanyi/penulis lagu/penari/pelakon. Dia dilahirkan di london dan mula menyanyi semenjak dari persekolahan di gereja. Kerjaya muziknya telah bermula pada 2008 dan pada tahun 2009 dia telah mengeluarkan Album pertamanya iaitu Turn It Up (Pixie Lott Album) dan Album keduanya iaitu "Young Foolish Happy" Saya memang meminati penyanyi Comel ini!

Check Our Her Latest Music Video. BEST! 
It's All About Tonight

Kiss The Stars


Saturday, 2 June 2012

Informasi mengenai Iron Man 3 dan Antagonist baru telah bocor!

Ok Nak bagi Spoiler Alert sikit, sebab ini dah kira spoiler actually ni, Trailer untuk movie ini pastinya akan mendedahkan watak ini. So if rasa dah spoil kawan-kawan masih sempat untuk stop baca sebelum baca pada perenggan seterusnya, saya tak nak ler merosakkan mood bersih kawan-kawan untuk movie Iron Man 3 akan datang ni, bagi saya memang best untuk baca leaked movie ni Dah biasa da..Lagi membuatkan saya tak sabar nak tunggu. 

This is what i'm waiting for ! Movie baru Iron Man 3 yang akan datang ! Tahun ini movie "The Avengers" telah pun keluar kat pawagam pastu dapat keuntungan yg banyak pulak tu, pas ni Iron Man 3 pulak, I know semua orang pun tak sabar , so sedikit sebanyak saya nak sharekan pada kawan-kawan supaya beliur sikit. hehe

Sekarang ini Marvel dan Robert Downey Jr(Iron Man) telah pun sibuk untuk mengerjakan pada "Iron Man 3 ini. Tetapi dah pun ada beberapa keping gambar yang telah pun bocor semasa penggambaran set
bagi filem itu, nak terima kasih jugak dengan peminat Iron Man rasa ingin tahu telah menangkap foto tersebut dan berkata gambar ini mendedahkan watak "Antagonis" baru untuk filem ini. Kalo bukan mereka ini, tak ler boleh bocor sampai kat sini kan.

Mengikut beberapa maklumat daripada anggota kru dari filem tersebut mengesahkan Ben Kingsley, yang telah pun tandatangani untuk memainkan peranan antagonis "The Mandarin". Mandarin ni musuh lama Iron Man dalam komik pada awal 1960-an. Di komik, beliau menggunakan teknologi makhluk asing untuk mencipta senjata dan alat sendiri, yang memang kuat dan boleh bersaing dengan Iron Man dari segi kekuatan teknologi. Hmm..Hampir juga mengalahkan Iron Man. Ini yang memang best, Takde Challenge mana best kan. So kalau info ini betul ataupun berkata dari sudut logik, kita telah pun melihat movie mengenai Thor/Loki, Makhluk Asing Chitauri ataupun makhluk lain yang telah diperkenalkan dari filem Marvel. Apa-apa pun mungkin terjadi.

Bagaimanapun, anggota kru IFC menyatakan bahawa "Mandarin" hanya menjadi antagonis kedua dalam filem ini. Manakala Aldrich Killian iaitu Dr saintis yang telah terlibat dalam Teknologi Nano akan menjadi  Antagonis utama dalam "Iron Man 3"

Yang bestnya, mengikut informasi kat website The Superficial mempunyai info yang lebih menarik. Dalam bentuk penggambaran set telah pun didedahkan oleh peminat-peminat di luar sana iaitu pelakon James Badge Dale akan menampilkan watak Eric Savin yang merupakan seorang Leftenan Kolonel dalam Tentera yang kemudiannya menggunakan teknologi untuk menjadi superhero "Iron Patriot", Suit yang telah direka dalam bentuk gabungan Iron Man dan Captain America.

Foto Iron Patriot Yang Terdedah





Friday, 1 June 2012

Foto : Tomok Namakan Anak Pertama, Arrianshah Akid

Waw..Akhirnya penyanyi popular ini mempunyai cahaya pertama, nak tahu namanya??
Arrianshah Akid, ini lah nama yang diberikan pada cahaya mata pertama tomok, hmm comel juga namanya ini, sesuai jugak untuk bagi bayi yang bakal menyerlahkan hidup dua pasangan ini. Arrianshah selamat dilahirkan 29 Mei Selasa lepas , pada jam 6.00 petang dengan berat 3.33 kilogram tanpa sebarang masalah. Eh.. Good news tu!

Untuk para peminat Tomok kat sana, jika korang pernah mendengar perubahan suara Tomok dari ‘sengau’ hinggalah yang kita dengar sekarang, kini Tomok semakin matang. Lihatlah sekarang, Tomok kini sudah bergelar bapa. Tahniah Tomok! Semoga dapat banyak lagi cahaya mata.

Ini gambar anak lelaki Tomok dan Ayu.