Thursday 7 June 2012

Miley Cyrus Terima Cincin Berlian 3.5 Karat Tanda! Pertunangan

‘Mimpi saya telah menjadi kenyataan’, kata Miley Cyrus kepada peminatnya setelah menerima sebentuk cincin berlian 3.5 karat daripada Liam Hemsworth sebagai tanda pertunangan mereka, lewat malam tadi.

Berlian ini mempunyai motif flora dan diikat dengan menggunakan emas 18 karat menerima sentuhan peribadi daripada pengukir terkenal, Lane. Kata Lane, Hemsworth amat berpuas hati dengan hasil kerjanya yang selesai disiapkan minggu lepas.

Pasangan ini mula berkenalan apabila digandingkan bersama untuk filem ‘The Last Song’ yang disiarkan pada tahun 2009. Ketika itu, Hemsworth menafikan segala desas desus mengenai hubungan istimewa mereka serta ingin kekal profesional.

Hemsworth berkata,”Apa pun terjadi, mungkin ini takdir kami untuk bersama,” sekaligus memberikan persepsi bahawa dia benar-benar jatuh cinta dengan Miley Cyrus.

Setakat ini masih tiada sebarang makluman mengenai tarikh perkahwinan. Bagaimana pun, ada pihak yang meragui keupayaan pasangan muda ini untuk memberikan komitmen terhadap perkahwinan.

Hari ini Miley Cyrus sempat berkongsikan kebahagiaannya menyebut, “Saya amat berbesar hati kerana dapat berkongsi berita baik ini bersama anda.”