Saturday, 9 June 2012

Guest What? Kim Kardashian Menghadiahkan Kanye West $750,000 Lamborghini Untuk Hari Jadi Ke-35nya.

Kim Kardashian memang teman wanita yang sangat sangat bagus! memang untung Kanya West mempunyai teman wanita sebegini dan Hadiah Hari Jadinya juga sangat istimewa.

Rapper terkenal itu genap 35 tahun jumaat 8/6/2012 dan sambutan hari jadinya itu memang mengejutkan iaitu Hadiah Murah Hati dari teman wanitanya Lamborghini Aventador LP 700-4, Nilai sebanyak $750,000, sumber dari "TMZ".

Lamborghini Aventador LP 700-4
Kanya West Memang Bertuah

Mengikut sumber dari GossipCop, mereka kini menunggu maklumat lanjut mengenai penghantaran kereta tersebut sejak pasangan berdua ini kini berada di Ireland bersama dengan Jay-Z. 

Im looking Forward For More Updates Info ~

Friday, 8 June 2012

Selena Gomez membuat "Permintaan" kepada Justin Bieber menjadi lebih "Lelaki Sejati" dan Tumbuhkan Janggut

Sorry for the late post! minggu ini sangat sibuk, tapi apa yang telah saya baca kat Gossipcop memang best! kerana Teman Wanita Justin Bieber iaitu Selena Gomez membuat permintaan terhadapnya untuk menjadi lebih "Lelaki Sejati" dengan menumbuhkan janggutnya. Hahaha. saya tak dapat bayangkan Biebier berjanggut. 

Menurut info dari "tabloid", Gomez tidak suka bahawa penyanyi "Bayi" ini "masih kelihatan seperti seorang kanak-kanak," dan walaupun "bahawa jika dia tidak mencukur kakinya, dia mempunyai bulu yang lebih banyak daripada Justin.

Mengikut petikan daripada sumber "Mag" "Justin Berkata dia bimbang Selena akan memutuskan hubungan dengan beliau kerana dia masih seorang lelaki yang "Funky"style. Dia mengatakan untuk membuat perubahan untuk menjadi seorang lelaki yang lebih bertenaga. Dia juga malah mengambil tambahan testosteron untuk mencetuskan hormon pertumbuhan rambut. "

"Bieber juga berkata dia akan berusaha bekerja keras untuk menjadi lelaki impian Selena." saya tak nak comment banyak mengenai bieber tapi apa yang boleh saya boleh buat ialah teruskan updated status mereka ini. Story mereka ni memang best terutamanya part-part ini. !

Thursday, 7 June 2012

Miley Cyrus Terima Cincin Berlian 3.5 Karat Tanda! Pertunangan

‘Mimpi saya telah menjadi kenyataan’, kata Miley Cyrus kepada peminatnya setelah menerima sebentuk cincin berlian 3.5 karat daripada Liam Hemsworth sebagai tanda pertunangan mereka, lewat malam tadi.

Berlian ini mempunyai motif flora dan diikat dengan menggunakan emas 18 karat menerima sentuhan peribadi daripada pengukir terkenal, Lane. Kata Lane, Hemsworth amat berpuas hati dengan hasil kerjanya yang selesai disiapkan minggu lepas.

Pasangan ini mula berkenalan apabila digandingkan bersama untuk filem ‘The Last Song’ yang disiarkan pada tahun 2009. Ketika itu, Hemsworth menafikan segala desas desus mengenai hubungan istimewa mereka serta ingin kekal profesional.

Hemsworth berkata,”Apa pun terjadi, mungkin ini takdir kami untuk bersama,” sekaligus memberikan persepsi bahawa dia benar-benar jatuh cinta dengan Miley Cyrus.

Setakat ini masih tiada sebarang makluman mengenai tarikh perkahwinan. Bagaimana pun, ada pihak yang meragui keupayaan pasangan muda ini untuk memberikan komitmen terhadap perkahwinan.

Hari ini Miley Cyrus sempat berkongsikan kebahagiaannya menyebut, “Saya amat berbesar hati kerana dapat berkongsi berita baik ini bersama anda.”